Manfaat Bersahur Dan
Berbuka Dengan Buah Kurma
Bulan Ramadhan adalah
bulan yang mulia dimana seluruh umat Islam akan berpuasa. Oleh itu, kita
dituntut agar melaksanakannya dengan baik. Oleh itu bersahur dan berbuka amat
penting kerana ia memberikan tenaga untuk melakukan kerja-kerja seharian.
Mengikut sunnah Rasulullah
SAW, bersahur dan berbuka dengan buah kurma memberikan khasiat yang dapat
memberi anda tenaga ketika berpuasa.
Ketika berbuka, kita
disarankan untuk memakan kurma terlebih dahulu. Ini kerana ia dapat melancarkan
sistem pencernaan apabila memakan makanan yang berat mengganti tenaga yang hilang selepas seharian
berpuasa.
Buah kurma mempunyai nutrisi tertinggi ialah potassium (K) di mana sebiji kurma mengandungi kira-kira 696 mg potassium, iaitu 16 peratus daripada komposisi nutrisi keseluruhan buah.
Fungsi potassium ini pula adalah ia dapat menurunkan paras sodium (Na) dalam darah. Sodium merupakan garam dalam badan yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan keperluan hidrasi.
Kurma juga mempunyai protein, lemak dan beberapa vitamin seperti vitamin A, B2, B12, kalsium, fasfor, sulfat, sodium, magnesium, cobalt, zinc, florin dan selulosa.
Oleh itu, jadikanlah buah kurma sebagai pembuka ketika bersahur dan ketika berbuka.