Mengaku Bersalah Nur Amirah Dihantar ke Asrama Akhlak Tunas Bakti Selama 3 tahun

No Comments


Mahkamah Majistret di sini memerintahkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang menipu diculik pada Disember tahun lalu dihantar ke Sekolah Tunas Bakti selama tiga tahun berkuat kuasa semalam.

Majistret Nor Asma Ahmad mengeluarkan perintah itu terhadap tertuduh setelah dia mengaku bersalah memberikan keterangan palsu pada 29 Disember lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farid Syed Ali ketika ditemui di luar mahkamah berkata, ibu bapa remaja terbabit juga dikenakan bon tanpa cagaran untuk melawat anak mereka sebulan sekali.

Menurutnya, hukuman terhadap remaja itu dibuat mengikut Seksyen 91(b) Akta Kanak-Kanak 2001.



Mana kala teman lelakinya Chin Teck 19 tahun mengaku tidak bersalah atas tuduhan melarikan remaja perempuan itu tanpa kerelaan penjaga atau ibu bapa mangsa.

Mahkamah mebenarkan di diikat jamin RM5,000 berserta seorang penjamin sementara me­nunggu sebutan semula kes pada 25 Februari ini.

Pendakwaan kesemua kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farid Syed Ali manakala gadis berkenaan dan Chin Teck diwakili peguam-peguam bela, Nur Aida Md. Zainuddin dan Ian Simpson.Remaja lelaki berusia 17 tahun itu tidak diwakili peguam bela.

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p