Kisah Doktor Menangis Di Tepi Jalan Tak Sempat Melihat Jenazah Anak Kandungya Dikuburkan

No Comments

Kisah Doktor Menangis Di Tepi Jalan Tak Sempat Melihat Jenazah Anak Kandungya Dikuburkan|seorang anak dilarikan kehospital dengan keadaan yang sangat susah dan gawad.tak lama kemudia doktor yang seharusnya menguruskan pembedahan ini meluru masuk.

Kemudian si ayah yang nampak doktor ini terus mendapatkannya dalam keadaan marah pada ketika itu.

Dimana kamu dokter?
Kenapa kamu lambat?

Dengan raut wajah yang tenang sambil berjalan doktor itu menjawab"maafkan saya,saya diluar dan apabila saya mendapat panggilan ini saya cuba sedaya mungkin utuk datang secepatnya,saya harap cik dapat bertenang buat seketika"

kemudian si ayah ini yang dalam keadaan tertekan menjawab"kamu kata bertenang? kamu cakap boleh lah,sebab kamu tidak berada dalam keadaan saya sekarang ni.cuba kamu bayangkan kalau anak kamu yang baring dalam bilik itu dalam keadaan sakit dan terbaring kamu boleh bayangkan?

doktor itu masih hanya mendengar kata kata si ayah yang sedang marah dengan muka yang sangat sangat tenang dan berkata.

cik nyawa seseorang bukan milik kita,ianya adalah milik Allah swt kita hanya berusaha dan berikhtiar maka serahlah pada Allah dan rayulah pada Allah dan pada ketika itu doktor sudah benar benar masuk kedalam bilik anak lelaki itu.saling berpaling doktor itu ucapkannya sekali lagi merayulah pada Allah.


kemudian sekali lagi si ayah ini cakap dengan nada marah kamu cakap boleh lah!kamu cakap boleh lah! sebab doktor tak  kena.
kemudian doktor itu masuk.

Dalam tempoh ini adalah keadaan yang sangat sukar bagi si ayah,Si ayah sangat tertekan dan takut kehilangan anaknya.

setelah menunggu beberapa lama,doktor itu pun keluar,dia tengok si ayah datang dengan tergesa gesa berlari kepada dan sekali lagi dengan muka yang senyum mengatakan Alhamdulillah,dengan izin Allah anak cik dapat di selamatkan.namun apa saja perkara sila berurusan dengan nurse.doktor pun berlalu pergi

Si ayah yang bengang dan dalam keadaan yang tidak puas hati sebab banyak benda lagi dia nak tanyakan kepada doktor tentang kondisi anaknya,tapi doktor pergi dengan begitu cepat.

kemudian dia mendapatkan doktor dan membentaknya di depan nurse apa punya doktor sombong,tidak bagi sedikit masa untuk kami,untuk saya bertanyakan keadaan anak saya.

ketika si ayah meluahkan ketidak puas hatiannya dengan membentak doktor yang berlalu pergi,nurse yang berada di situ sudah tidak mampu lagi menahan tangis air matanya dan berkata kepada si ayah itu,cik tahukah kamu bahwa doktor yang tadi itu datang dari pada tanah pekuburan?

sebab anaknya mati kemalangan tadi pagi,dan doktor tadi sedang menguruskan jenazah anaknya di pekuburan,saat kami telipon untuk datang melihat anak cik,dia tinggalkan tanah pekuburan walaupun setiap ayah nak melihat itulah pandangan terakhir untuk selama lamanya untuk anaknya,tetapi di tinggalkan untuk kesini menyelamatkan anak cik utuk tetap hidup,namun anaknya telah di panggil oleh Allah Swt....

Apakah yang ada dalam hati doktor itu sehingga ia mampu menghadapi dua keadaan yang paling gawad dan tidak seorang pun yang mahu berada di kedua dua keadaan itu.

anak meninggal dunia dia tidak marah kepada Allah,bahkan dia mampu membatu anak orang yang dalam keadaan susah pada masa ketika itu.

jawabannya adalah: tahap tingginya iman dan ketenangan dalam hati,oleh sebab itu doa ini perlu di sebut ihklas dari dalam hati,dan mencapai ketenangan,dan ketenangan inilah yang dimahukan oleh semua orang dari pada kita,dan juga pemimpin dalam kehidupan rumah tangga mahupun pemimpin rakyat.